Kelas Belajar Internet & Emel
28 Mac 2016 | Aktiviti TerkiniKelas mempelajari internet dan emel ini telah diadakan pada hari Ahad, 27 Mac 2016 bertempat di Bilik Latihan PI Krokong. Kelas yang berlangsung selama 3 jam bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang ini telah disertai oleh seorang pelajar sekolah rendah dan 3 orang pelajar sekolah menengah yang berasal dari Kg. Krokong.
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta akan manfaat dan penggunaan internet dan emel dalam kehidupan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para peserta berkenaan cara-cara mencipta dan menggunakan akaun emel.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: